Laman

Entri Populer

Sabtu, Januari 15, 2011

FATWA IMAM SYA'FII TENTANG YASINAN

Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. 

Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. 

Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyadari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini

Di dalam kitab ( ناعا ة طلا نیبلا ) juz 2. hlm. 146,

tercatat pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:


ُهَرْكَیَو ُذاَخِّتا ِماَعَّطلا ىِف ِمْوَیْلا ِلَّوَالْا ثِلاَّثلاَو َدْعَبَو ِعْوُبْسُالْا ُلْقَنَو ِماَعَّطلا ىَلِا ِرْوُبُقْلا

“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa
makanan ke kuburan”. 

Imam Syafie dan jumhur ulama- ulama besar ( مئا ة ملعلا ءا شلا عفا ةی ) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati)
sebagaimana fatwa Imam Syafie:


ُّبِحُاَو ِناَرْیِجِل ِتِّیَمْلا ْيِذْوَا ِھِتَباَرَق ْنَا اْوُلَمْعَی ِلْھَال ِتِّیَمْلا ْىِف ِمْوَی ُتْوُمَی ِھِتَلْیَلَو اًماَعَط
اَم ْمُھُعِبْشُی َّنِاَو َكِلَذ ٌةَّنُس .

“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”. 

Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:


“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, 
Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”.

[1] Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si
Mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan
juga di dalam kitab ( ةناعا نیبلاطلا ) jld. 2. hlm. 146:

“Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”. Seterusnya di dalam kitab ( ناعا ة طلا نیبلا ) juz. 2. hlm. 146 – 147,


Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi:


َنِمِو ِعَدِبْلا ِةَرَكْنُمْلا ِهْوُرْكَمْلا ُھُلْعَف اَم ُلَعْفَی ُساَّنلا َنِم ِةَشْحَوْلا ِعْمَجْلاَو َنْیِعِبْرَالْاَو َب ْل َك ُّل َكِلَذ ٌماَرَح

1 H/R Asy-Syafie (I/317), Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad I/205. Dihasankan oleh at- Turmizi dan di sahihkan oleh al- Hakim.

“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”. 
Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramairamai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihari ketujuh, dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Syafie.

 Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.


Seterusnya terdapat dalam kitab
yang sama
( ةناعا طلا نیبلا ) juz 2. hlm. 145-146,

 Mufti yang bermazhab Syafie al- Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid’ah dan mengharamkan kenduri arwah:
َالَو َّكَش َّنَا َعْنَم ِساَّنلا ْنِم ِهِذَھ ِةَعْدِبْلا َكْنُمْلا ِةَر ْیِف ِھ َیْحِا ٌءا ُّسلِل ةَّن َتاَمِاَو ٌة َعْدِبْلِل ِة َفَو
ٌحْت ٍرْیِثَكِل ْنِم ِباَوْبَا ِرْیَخْلا ٌقْلَغَو ٍرْیِثَكِل ْنِم ْبَا ِباَو َّشلا ِّر ، َف َّنِا َّنلا َسا ُفَّلَكَتَی نْو ًفُّلَكَت ا ْیِثَك اًر ْيِّدَؤُی ىَلِا ْنَا َنْوُكَی َكِلَذ ُعْنُّصلا اًمَّرَحُم .

“Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu- pintu kebaikan dan menutup pintu pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akan
terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram”. 

Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari khaul

Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:
 

“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”.


[2] Di dalam kitab fikh ( شاح ةی یلقلا يبو ) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab ( – یلق ىبو – یمع ةر شاح ناتی ) juz. 1 hlm. 414 
dapat dinukil ketegasan Imam ar-
Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:

2 Lihat: ةناعا نیبلاطلا juz 2 hlm. 145.

 َلاَق اَنُخْیَش ىِلْمَّرلا : َنِمَو ِعَدِبْلا ِةَرَكْنُمْلا ِهْوُرْكَمْلا اَھُلْعِف اَمَك ىِف ِةَضْوَّرلا اَم ُھُلَعْفَی
ُساَّنلا اَّمِم ىَّمَسُی َةَراَفِكْلا ْنِمَو ِعْنُص ِماَعَط ِعاَمَتْجِالل ِھْیَلَع َلْبَق ِتْوَمْلا ِعَبْوَا ُهَد ِمَو ن لا ِحْبَّذ َلَع
ى ِرْوُبُقْلا ، ْلَب ُّلُك َكِلَذ ٌماَرَح ْنِا َناَك ِم ْن َم ٍلا ُجْحَم ٍرْو َلَو ْو ِم َن َكرَّتلا ِة ، ْوَا ِم ْن َم ِلا ِّیَم ٍت ِھْیَلَع ٌنْیَد َبَّتَرَتَو ِھْیَلَع ٌرَرَض ْوَا ُوْحَن َكِلَذ .

“Telah berkata Syeikh kita ar- Ramli: Antara perbuatan bid’ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab “Ar- Raudah” iaitu mengerjakan amalan yang disebut “kaffarah” secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid’ah yang mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanya”. 

Di dalam kitab ( ھقفلا ىلع بھاذملا ةعبرالا ) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa: 


“Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyah”. Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si
Mati.

 Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu’, masalah cabang atau
ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih- lebihkan oleh kalangan mubtadi’مبتد) “

pembuat atau aktivis bid’ah” sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkam oleh pengamalnya tentang haram dan tegahannya dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syafie.


Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahala bacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yang melibatkan akidah dan ibadah. 

Wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secara suka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya),
tidak boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baik lantaran ramainya
masyarakat yang melakukannya, kerana Allah Subhanahu wa- Ta’ala telah memberi amaran yang tegas kepada mereka yang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak
ada dalil atau suruhannya dari syara

 sebagaimana firmanNya:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang- orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”. (QS. Al-An’am, 6:116)


Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau hawa nafsu, antara amalan tersebut
ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur- unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al- Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. 

Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar- benar telah disyariatkan oleh al- Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai ibadah 

sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla: َ

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat
(peraturan yang wajib ditaati)
dalam urusan (agamamu) itu,
maka ikutilah syariat itu dan
janganlah kamu ikuti hawa nafsu
orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil).
Sesungguhnya mereka sekali-kali
tidak akan dapat menolak diri
kamu sedikitpun dari siksaan
Allah”. (QS. Al-Jatsiyah, 45:18-19) 


Setiap amalan yang dianggap
ibadah jika hanya berpandukan
kepada andaian mengikut
perkiraan akal fikiran, perasaan,
keinginan hawa nafsu atau
ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu
kepada al-Quran, as-Sunnah dan
athar yang sahih untuk dinilai
sama ada haram atau halal,
sunnah atau bid’ah, maka perbuatan tersebutadalah suatu
kesalahan (haram dan bid’ah) menurut syara sebagaimana
yang dijelaskan oleh ayat di atas
dan difatwakan oleh Imam Syafie
rahimahullah. 

Memandangkan
polemik dan persoalan kenduri
arwah kerapkali ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka
ia perlu ditangani dan
diselesaikan secara syarii
(menurut hukum dari al-Quran
dan as-Sunnah) serta fatwa
para ulama Ahli Sunnah wal- Jamaah dari kalangan Salaf as-
Soleh yang muktabar.


Dalam membincangkan isu ini pula,
maka penulis tumpukan kepada
kalangan para ulama dari mazhab Syafie kerana ramai mereka yang bermazhab Syafie menyangka bahawa amalan
kenduri arwah, tahlilan, yasinan
atau amalan mengirim pahala
adalah diajarkan oleh Imam
Syafie dan para ulama yang berpegang dengan mazhab
Syafie.

Insya-Allah, mudah-mudahan
tulisan ini bukan sahaja dapat
menjawab pertanyaan bagi
mereka yang bertanya, malah akan sampai kepada mereka
yang mempersoalkan isu ini,
termasuklah mereka yang masih
tersalah anggap tentang hukum
sebenar kenduri arwah (tahlilan
atau yasinan) menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Tidak ada komentar: