Laman

Entri Populer

Sabtu, Januari 15, 2011

CIRI LELAKI DAN WANITA AHLI NERAKA

Benarkah Lelaki Selamat
Dari Azab Neraka..? Kalau dilihat secara renungan
makrifat, terdapat satu hadis
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan
pengalaman baginda bertemu
Allah SWT di Sidratul Muntaha
malam Israk Mikraj, di mana Allah
SWT telah memperlihatkan
kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban
dalam api neraka lantaran
beberapa kesalahan semasa
berada di dunia. Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat
daripada panas api neraka dan
dimasukkan dalam syurga Allah
yang penuh dengan pelbagai
nikmat yang luar biasa, yang
terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa
hidup di dunia. Justeru, apabila kita lihat
beberapa istilah dalam al-Quran,
menggambarkan kepada kita
bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi
penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-
Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al- Kafirun, al-Fasiqun, al-
Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh
baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka. Apa yang menarik perhatian
dalam isu yang ingin dibangkitkan
di sini ialah golongan dayus
seperti yang ditegaskan dalam
sebuah hadis baginda. Ramai
daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa
mereka boleh termasuk golongan
yang dayus dan tempat golongan
ini di akhirat tidak lain adalah
neraka. Siapa Golongan Dayus..? Mengapa neraka bagi golongan
dayus? Golongan dayus ini sama
ada seorang ayah yang
membiarkan anak-anak gadis
mereka keluar rumah tanpa
mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna
begitu juga seorang suami yang
membiarkan isterinya
mendedahkan aurat seperti
tidak memakai tudung kepala
hingga di bawah perhiasan mereka. Termasuklah membiarkan
pembantu rumah di kalangan
wanita asing yang dibiarkan
tidak menutup aurat, maka
suami tadi tidak berhak masuk
syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak
menutup aurat seperti yang
ditegaskan oleh al-Quran. Peristiwa wanita ke neraka
pada malam Mikraj Sayidina Ali Karamallahuwajhah
berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kami dapati beliau sedang
menangis, lalu kami bertanya
kepadanya, apakah yang
menyebabkan ayahanda
menangis, ya Rasulullah?” Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku
melihat perempuan dalam
keadaan amat dahsyat.
Dengan sebab itu aku
menangis mengenangkan
azab yang diterima mereka.” Saidina Ali Karamallahuwajhah
bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak
kepalanya menggelegak. Aku
lihat perempuan digantung
lidahnya, tangannya diikat
ke belakang dan timah cair
dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua
kakinya terikat, tangannya
diikat ke ubun-ubunnya,
didatangkan ular dan kala.
Aku lihat perempuan yang
memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api
neraka. Aku lihat perempuan
mukanya hitam dan
memakan tali perutnya
sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan
matanya buta, diisikan ke
dalam peti yang diperbuat
daripada api neraka,
otaknya keluar daripada
lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit
kusta dan sopak. “Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi,
badannya seperti himar
dengan pelbagai
kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke
kemaluannya, mulut dan
pelepasnya (punggung).
Malaikat memukulnya dengan
corong api neraka.” Fatimah pun bertanya kepada
ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada
anakanda, apakah kesalahan
yang dilakukan oleh
perempuan itu?” Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu
adalah perempuan yang
tidak menutup rambut
daripada bukan muhrimnya.
Perempuan tergantung
lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya
untuk memaki dan menyakiti
hati suaminya. “Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan
yang menyusukan anak
orang lain tanpa izin
suaminya. Perempuan kedua-
dua kakinya tergantung itu
ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin
suaminya. “Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan
nifas ialah perempuan yang
memakan badannya sendiri,
juga kerana ia berhias untuk
lelaki bukan suaminya dan
suka mengumpat orang. “Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan
gunting api neraka kerana ia
memperkenalkan dirinya
kepada orang asing,
bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat lelaki lain. “Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke
atas ubun-ubunnya,
disuakan ular dan kala
kepadanya kerana ia boleh
sembahyang tetapi tidak
mengerjakannya dan tidak mandi janabah. “Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya
seperti himar ialah ahli
pengumpat dan pendusta.
Perempuan rupanya seperti
anjing ialah perempuan yang
suka membuat fitnah dan membenci suaminya. Seterusnya Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada
hari kiamat nanti Allah
jadikan lidahnya sepanjang
70 hasta kemudian diikat di
belakang tengkoknya.” Abu Bakar as-Sidiq mengatakan,
aku dengar Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati
suaminya ia akan dilaknat
dan kemurkaan Allah.” Usamah bin Zaid menceritakan,
bahawa Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke
dalamnya adalah golongan
miskin dan orang kaya
tertahan di luar pintu
syurga kerana dihisab. Selain
daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke
dalam neraka, dan aku
berdiri di atas pintu neraka,
aku lihat kebanyakan yang
masuk ke dalam neraka
adalah perempuan.” Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya
seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat
di dalamnya aku saksikan
kebanyakan ahli neraka
adalah perempuan.” Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?” Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan
ihsannya, Jika engkau
membuat baik kepadanya
seberapa banyak pun dia
belum berpuas hati dan
cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Namun ia bukan bermakna
bahawa orang lelaki terselamat
daripada panas api neraka dan
dimasukkan dalam syurga Allah
yang penuh dengan pelbagai
nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh
akal fikiran manusia semasa
hidup di dunia. Justeru, apabila kita lihat
beberapa istilah dalam al-Quran,
menggambarkan kepada kita
bahawa orang lelaki juga tidak
kurang menjadi penghuni neraka.
Ini berdasarkan keterangan al- Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al- Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun
dan juga istilah yang disebut
oleh baginda Rasulullah s.a.w.
seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak
derhaka. Apa yang menarik perhatian
dalam isu yang ingin dibangkitkan
di sini ialah golongan dayus
seperti yang ditegaskan dalam
sebuah hadis baginda. Ramai
daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa
mereka boleh termasuk golongan
yang dayus dan tempat
golongan ini di akhirat tidak lain
adalah neraka. Mengapa neraka bagi golongan
dayus? Golongan dayus ini sama
ada seorang ayah yang
membiarkan anak-anak gadis
mereka keluar rumah tanpa
mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan
sempurna begitu juga seorang
suami yang membiarkan isterinya
mendedahkan aurat seperti
tidak memakai tudung kepala
hingga di bawah perhiasan mereka. Termasuklah membiarkan
pembantu rumah di kalangan
wanita asing yang dibiarkan
tidak menutup aurat, maka
suami tadi tidak berhak masuk
syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak
menutup aurat seperti yang
ditegaskan oleh al-Quran.

Tidak ada komentar: